-Dunia Tanpa Sempadan-

.

Sistem Komunikasi 2 Hala

Saturday, October 9


Projek yang saya kongsikan disini adalah idea daripada seorang kenalan yang meminta pertolongan saya menulis aturcara untuk projek tahun akhir beliau pada tahun lepas. Aturcara ditulis menggunakan arahan yang agak ringkas tetapi sedikit panjang namun ianya mencapai objektif dan senang untuk diterangkan. Projek ini saya namakan Sistem Komunikasi 2 Hala disebabkan ia digunakan untuk berinteraksi diantara 2 pihak. Saya pun tiada idea untuk menamakan projek ini. Apapun bukanlah nama projek yang hendak dibincangkan disini tetapi idea dan aturcara yang ditulis.

Komponen Utama
Pengawal Mikro Keluarga 8051-AT89S8252,AT89C51 dan lain-lain.
4 unit  suis
1 Unit Paparan LCD
Bekalan Kuasa 

Anggaran Kasar Minimum Kos Projek
Litar Pengawal Mikro RM25 - RM30
Paparan LCD RM30 - RM35
Litar Bekalan Kuasa RM20
Pengesan jika ingin digunakan RM15 - RM20
Suis RM10
Jumlah Keseluruhan = Lebih Kurang RM100

Aturcara (Ditulis menggunakan bahasa Basic-Menggunakan Compiler Bascom-8051)

'--------------------------------------------------------------
'  FILE: SISTEM KOMUNIKASI 2 HALA.BAS
'  AUTHOR: NURI AZLAN BIN SUBRI
'--------------------------------------------------------------

$regfile = 89s8252.dat
$romstart = &H0
$crystal = 11059200
Config Lcdpin = Pin , Db4 = P1.5 , Db5 = P1.6 , Db6 = P1.7 , Db7 = P1.2 , E = P1.4 , Rs = P1.3
Config Lcd = 16 * 2
Config Lcdbus = 4

Dim Led As Bit

Led = 0
Do

If P0.0 = 0 Then
If P0.1 = 0 Then
Upperline
Lcd "==PN ANITA ADA=="
Lowerline
Lcd "===SILA MASUK==="
Waitms 100
End If
End If

If P0.0 = 0 Then
If P0.1 = 1 Then
Upperline
Lcd "=PN ANITA TIADA="
Lowerline
Lcd "SILA DATANG LAGI"
Waitms 100
End If
End If


If P0.2 = 0 Then
If P0.3 = 0 Then
Upperline
Lcd "==EN AHMAD ADA=="
Lowerline
Lcd "===SILA MASUK==="
Waitms 100
End If
End If

If P0.2 = 0 Then
If P0.3 = 1 Then
Upperline
Lcd "=EN AHMAD TIADA="
Lowerline
Lcd "SILA DATANG LAGI"
Waitms 100
End If
End If

If P0.0 = 1 Then
If P0.1 = 1 Then
If P0.2 = 1 Then
If P0.3 = 1 Then
Upperline
Lcd "TEKAN 1 HINGGA 2"
Lowerline
Lcd "=====SMSSMJ====="
End If
End If
End If
End If

If P0.0 = 1 Then
If P0.1 = 0 Then
If P0.2 = 1 Then
If P0.3 = 0 Then
Upperline
Lcd "TEKAN 1 HINGGA 2"
Lowerline
Lcd "=====SMSSMJ====="
End If
End If
End If
End If

If P0.0 = 1 Then
If P0.1 = 1 Then
If P0.2 = 1 Then
If P0.3 = 0 Then
Upperline
Lcd "TEKAN 1 HINGGA 2"
Lowerline
Lcd "=====SMSSMJ====="
End If
End If
End If
End If

If P0.0 = 1 Then
If P0.1 = 0 Then
If P0.2 = 1 Then
If P0.3 = 1 Then
Upperline
Lcd "TEKAN 1 HINGGA 2"
Lowerline
Lcd "=====SMSSMJ====="
End If
End If
End If
End If
Loop
End

Aturcara Sistem Komunikasi 2 Hala

Penerangan Aturcara Sistem Komunikasi 2 Hala

Sistem ini dihasilkan untuk mengatasi masalah kesesakan didalam bilik pensyarah yang besar atau disyarikat-syarikat besar dan untuk mengelakkan daripada membuang masa mencari pensyarah yang tiada ditempatnya. Dengan menggunakan sistem ini, pelajar yang ingin bertemu dengan pensyarah tidak perlu lagi tercari-cari pensyarah serta dapat mengelakkan daripada kesesakan didalam bilik pensyarah. Aturcara yang ditulis hanya untuk kegunaan 2 orang pensyarah sahaja. Anda boleh tambah pada aturcara untuk menambah bilangan pensyarah. Copy dan Paste aturcara untuk menambah bilangan pensyarah.Pelajar yang ingin mencari pensyarah akan menekan suis masukan atau skrin sesentuh(input terpulang kepada anda) untuk mengetahui samada pensyarah ada ditempatnya atau tidak. Dibahagian pensyarah pula, seseorang pensyarah haruslah menekan suis jika dia ada dibiliknya atau anda boleh gantikan dengan pengesan yang dapat mengesan kehadiran pensyarah tersebut atau dengan menambah peranti masukan seperti RFID dimana pensyarah perlu menyentuh kad apabila hendak masuk kebiliknya 
terpulang kepada anda
. Satu lagi idea yang dapat ditambah ialah dengan menambah LED penunjuk dikedua-dua belah pihak. Pengawal mikro hanya berfungsi sebagap peranti kawalan sahaja disini dan input untuk projek ini yang akan memperkemaskan lagi projek ini. Lihat gambar simulasi dibawah untuk pemahaman yang lebih jelas.

Simulasi Bascom-8051
Bagi melakukan aturcara projek ini, sebanyak 12 kemungkinan(probability) atau logik yang perlu dipertimbangkan sebelum menulis aturcara ini. Sebelum melakukan sesuatu aturcara selalunya saya akan memikirkan tentang kemungkinan atau logik bagi mempercepatkan dan meringkaskan sesuatu aturcara ditulis. Sebelum menulis sesuatu aturcara, carta alir dilukis untuk melihat aliran program yang akan anda tulis. Bagi aturcara yang ringkas tanpa ada banyak ulangan (looping) sub aturcara atau 'probability' mungkin mudah dilakukan tanpa carta alir tetapi untuk menulis aturcara yang agak panjang dan rumit seperti mempunyai ulangan (looping) yang kerap dan beberapa kemungkinan(probability) pilihan, carta alir adalah penting bagi mengelakkan aturcara tidak tersusun dan mengusutkan fikiran anda. Gambar dibawah menunjukkan simulasi bagi aturcara ini dan ia mewakili 12 kemungkinan atau logik pada aturcara ini.

Pensyarah 1 = Pn Anita
Pensyarah 2 = En Ahmad
P0.0 = Suis Memilih Pensyarah 1
P0.1 = Suis Pensyarah 1
P0.2 = Suis Memilih Pensyarah 2
P0.3 = Suis Pensyarah 2
P1 = Pendawaian Paparan LCD
Apabila pengawal mikro dihidupkan, paparan akan menunjukkan seperti disebelah. Logik 1 ialah apabila tiada suis ditekan@semua port tidak aktif maka paparan adalah seperti gambar.
Logik 2 ialah apabila Suis Pensyarah 1 atau P0.1 diaktifkan maka paparan masih lagi seperti Logik 1.
Logik 3 ialah apabila Suis Pensyarah 2 atau P0.3 diaktifkan maka paparan masih lagi seperti Logik 1 dan Logik 2.















Logik 4 ialah apabila Suis Pensyarah 1 atau P0.1 dan Suis Pensyarah 2 atau P0.3 diaktifkan maka paparan masih lagi seperti Logik 1, Logik 2 dan Logik 3.













Logik 5 alah apabila Suis Pensyarah 1 atau P0.1  dan Suis Memilih Pensyarah 1 atau P0.0 diaktifkan maka paparan menunjukkan Pensyarah 1 ada seperti gambar disebelah. 
Logik 6 adalah sama seperti 
Logik 5 iaitu apabila Suis Pensyarah 2 atau P0.3  dan Suis Memilih Pensyarah 2 atau P0.2 diaktifkan maka paparan menunjukkan Pensyarah 2 ada seperti gambar disebelah.
Logik 7 ialah apabila Suis Pensyarah 1 atau P0.1, Suis Pensyarah 2 atau P0.3  dan Suis Memilih Pensyarah 1 atau P0.0 diaktifkan maka paparan sama seperti Logik 5 menunjukkan Pensyarah 1 ada seperti gambar disebelah.
Logik 8 sama seperti Logik 7 dimana apabila Suis Pensyarah 1 atau P0.1, Suis Pensyarah 2 atau P0.3  dan Suis Memilih Pensyarah 2 atau P0.2 diaktifkan maka paparan sama seperti Logik 6 menunjukkan Pensyarah 2 ada seperti gambar disebelah.
Logik 9 ialah apabila hanya Suis Memilih Pensyarah 1 atau P0.0 diaktifkan maka paparan menunjukkan Pensyarah 1 tiada seperti gambar disebelah.
Logik 10 ialah apabila hanya Suis Memilih Pensyarah 2 atau P0.2 diaktifkan maka paparan menunjukkan Pensyarah 2 tiada seperti gambar disebelah.

Logik 11 ialah apabila Suis Memilih Pensyarah 1 atau P0.0 dan Suis Pensyarah 2 atau P0.3 diaktifkan maka paparan menunjukkan Pensyarah 1 tiada sama seperti Logik 9.
Logik 12 ialah apabila Suis Memilih Pensyarah 2 atau P0.2 dan Suis Pensyarah 1 atau P0.1 diaktifkan maka paparan menunjukkan Pensyarah 2 tiada sama seperti Logik 10.Sekian untuk kali ini. Terima Kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...