-Dunia Tanpa Sempadan-

.

Pada artikel kali ini pula saya akan menunjukkan bagaimana menghasilkan paparan jam pada skrin LCD. Aturcara jam yang saya hasilkan ini adalah asas dan perlukan banyak lagi penambahan pada aturcara ini. Jika ada kesempatan nanti InsyaAllah saya akan menulis aturcara yang lebih baik bagi jam ini mungkin dengan sedikit penambahan tarikh. Disini saya hanya ingin menunjukkan bagaimana menggunakan pernyataan atau arahan yang dapat mengira angka secara menaik dan bagaimana meletakkan karektor istimewa menggunakan bahasa Basic. Cara untuk menghasilkan karektor istimewa ada saya kongsikan pada post Tutorial Lengkap. Anda juga boleh menghasilkan karektor istimewa menggunakan bahasa C dengan mengetahui kedudukan pixel sesebuah LCD. InsyaAllah apabila selesai tutorial menggunakan bahasa Basic saya akan berkongsi tentang penulisan aturcara dalam C pula. Untuk pengetahuan anda Basic dan C kedua-duanya adalah bahasa peringkat tinggi. Pengenalan bahasa Assembly, C, Basic dan cara menulis aturcara Visual Basic akan saya kongsikan dimasa akan datang.



Komponen Utama
Pengawal Mikro Keluarga 8051-AT89S8252,AT89C51 dan lain-lain.
1 Unit Paparan LCD
Bekalan Kuasa 

Aturcara (Ditulis menggunakan bahasa Basic-Menggunakan Compiler Bascom-8051
'--------------------------------------------------------------
'  FILE: JAM LCD.BAS
'  AUTHOR: NURI AZLAN BIN SUBRI
'--------------------------------------------------------------
$sim
$regfile = 89s8252.dat
$romstart = &H0
$crystal = 11059200
Config Lcdpin = Pin , Db4 = P1.5 , Db5 = P1.6 , Db6 = P1.7 , Db7 = P1.2 , E = P1.4 , Rs = P1.3
Config Lcd = 16 * 2
Config Lcdbus = 4
Dim Saat As Byte , Jam As Byte , Minit As Byte

Deflcdchar 1 , 224 , 224 , 234 , 245 , 241 , 234 , 228 , 224
Deflcdchar 0 , 224 , 224 , 234 , 224 , 241 , 234 , 228 , 224
Deflcdchar 2 , 224 , 224 , 228 , 230 , 255 , 230 , 228 , 224

Do

         Incr Saat
         Wait 1
         If Saat > 59 Then
         Saat = 0

         Incr Minit
         If Minit > 59 Then
         Minit = 0

         Incr Jam
         If Jam > 23 Then
         Jam = 0

         End If
         End If
         End If
         Lowerline
         Lcd "=====" ; Jam ; ":" ; Minit ; ":" ; Saat ; "====="
         Upperline
         Lcd Chr(2) ; Chr(1) ; Chr(0) ; "==JAM" ; Chr(1) ; "LCD==" ; Chr(0) ; Chr(1)

Loop
End

Aturcara Jam Paparan LCD
Pernyataan &sim yang digunakan diatas adalah bertujuan untuk mempercepatkan pemasa semasa menjalankan simulasi. Ada saya terangkan pada post Tutorial Lengkap. Padam pernyataan ini semasa hendak compile aturcara untuk diloadkan pada pengawal mikro anda.

Simulasi Bascom-8051

Paparan LCD menunjukkan waktu dimana jika dijalankan simulasi menggunakan Bascom-8051 anda akan dapat melihat peningkatan angka untuk saat sehingga 59, untuk minit juga 59 dan untuk jam sehingga 23 sama seperti jam biasa. Cuma fungsi tarikh, jam penggera dan aturcara   untuk setkan waktu tidak saya sertakan disini. Hanya asas sahaja.    
Gambar hanya untuk perbandingan dengan gambar diatas sahaja. Waktu akan berubah sama seperti jam biasa. Sekian dan Selamat Mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...