-Dunia Tanpa Sempadan-

.




Pada artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang applikasi kawalan perkakasan melalui bluetooth yang disambung diantara pengawal mikro 8051 kepada mobile platform Smartphone Samsung Wave II menggunakan sistem pengoperasian Bada yang saya hasilkan untuk projek masa lapang saya.

Masih lagi diperingkat permulaan disebabkan ketiadaan masa dan InsyaAllah apabila siap sepenuhnya saya akan berkongsi bersama-sama sahabat semua bagaimana menghasilkan applikasi ini. Kos bagi projek ini agak tinggi sedikit berbanding projek-projek yang pernah saya hasilkan. Sama seperti smartphone pengeluar lain contohnya Iphone keluaran Apple yang memberikan peluang kepada pengguna-penggunanya bagi menghasilkan applikasi persendirian atau boleh dijual kepada pengguna-pengguna smartphone ini di seluruh dunia melalui kedai online mereka.

Applikasi ditulis menggunakan perisian Bada SDK1.2.1 manakala pengaturcaraan pula menggunakan C/C++. Konsep menghasilkan GUI (Graphic User Interface - Paparan visual dipermukaan screen) adalah sama seperti perisian Visual Basic (Vb) dari segi GUI editor nya dan Simulator yang boleh dilakukan pada komputer anda atau boleh simulate terus ke smartphone ini sama konsepnya dengan VB Windows OS mobile platform.

Smartphone yang saya gunakan disini adalah seperti yang saya nyatakan diatas iaitu Samsung Wave II menggunakan Bada OS (Operating System) yang agak mudah untuk digunakan bagi tujuan ini. Dibawah saya sertakan link ke video facebook saya berkenaan bahagian pertama draf permulaan penghasilan perisian yang telah saya hasilkan. Masih lagi diperingkat permulaan. Artikel penuh akan saya postkan apabila siap sepenuhnya applikasi ini.

Link Video Facebook Applikasi Smartphone Samsung Wave II Bada OS
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1741158364014

Diantara Model Smartphone Samsung Yang Menggunakan Bada OS
http://www.samsung.com/global/microsite/wave/wave2.html

Store Applikasi Samsung - Perkongsian Seluruh Dunia Secara Berbayar Atau Percuma
http://www.samsungapps.com/

Print Screen Dari Perisian Applikasi Yang Saya Hasilkan - Bahagian 1


Klik gambar untuk zoom




Klik gambar untuk zoom


Klik gambar untuk zoom

Klik gambar untuk zoom

Klik gambar untuk zoom

Klik gambar untuk zoom

Klik gambar untuk zoom

Klik gambar untuk zoom

Klik gambar untuk zoom
Klik gambar untuk zoom

Klik gambar untuk zoom


Don’t Be Afraid To Fall

Don’t worry about failure. Worry about the 
chances you miss when you don’t even try…..
Don’t ever give up

Salam...

Salam..Sudah setahun lebih rasanya saya tidak update blog saya ini. Untuk post kali ini saya ingin memaklumkan kepada sahabat-sahabat semua untuk pertanyaan dan tempahan projek akhir boleh rujuk kepada Encik Abdul Rahim yang berpengalaman dalam projek akhir menggunakan pengawal mikro jenis Microchip PIC 16f877a pengaturcaraan dalam Basic language dan C. Encik Abdul Rahim merupakan pensyarah dalam jurusan Mekatronik di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia. Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk meminta maaf sekiranya ada email dari sahabat-sahabat yang tidak berbalas sepenuhnya disebabkan kesibukan dalam tugasan harian dan projek persendirian yang sedang saya usahakan pada masa sekarang. Untuk pertanyaan dan idea projek akhir masih boleh hubungi saya. Saya akan mencuba sebaik mungkin berkongsi pendapat dan permasalahan dalam menyelesaikan projek akhir anda. Sekian dan salam dari saya. Hubungi Encik Abdul Rahim di alamat di bawah..






Email :
holy_rainman@engineer.com


         Facebook :
         Engineerholy Holy

Pengaturcaraan (Programming)

Friday, November 26

Pada artikel kali ini saya akan menyentuh tentang penggunaan bahasa pengaturcaraan baik dari segi kelebihan, kekurangan, pandangan peribadi dan pandangan dari insan diseluruh dunia yang bergelar programmer. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf jika terdapat kekurangan pada artikel kali ini, kerana saya bukanlah orang yang layak untuk membincangkan topik ini. Tujuan saya hanyalah sebagai bahan maklumat dan berkongsi pendapat bersama. Banyak perbahasan dan perbincangan dalam penggunaan bahasa pengaturcaraan yang akan dikongsi secara ringkas dibawah. Kebanyakan aturcara yang saya kongsikan didalam blog ini lebih kepada penggunaan bahasa yang dikenali sebagai 'Basic' (singkatan daripada Beginner's All-purpose Symbolic Instruction Code) dan menggunakan compiler Bascom-8051 (Basic Compiler). InsyaAllah jika berkesempatan dimasa akan datang, saya akan berkongsi pengaturcaraan menggunakan bahasa C secara asas. 


Basic adalah salah satu bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi yang dicipta oleh John George Kemeny dan Thomas Eugene Kurtz pada tahun 1964 di Darthmouth College New Hampshire. Tujuan utama bahasa ini direka adalah untuk memberi peluang atau memudahkan pelajar yang bukan dari latar belakang sains komputer untuk memulakan aturcara komputer mereka dimana pada ketika itu kebanyakan perisian-perisian tertentu hanya para cerdik pandai saintis dan pakar matematik sahaja yang mampu menghasilkan perisian-perisian ini. Pada masa sekarang penggunaan bahasa Basic banyak digunakan dan di olah baik dari segi fungsi dan penambahan struktur pernyataan bagi memudahkan sesuatu aturcara ditulis.

Dari hasil pembacaan, perbincangan di forum-forum pengaturcaraan dan juga pengalaman cetek saya hasil penulisan aturcara yang telah saya lakukan, terdapat beberapa kekurangan dan kelebihan yang sering diperkatakan yang akan saya kongsikan disini. Saya akan lebih menumpukan tentang penggunaan bahasa Basic dan C kerana blog ini lebih kepada pengaturcaraan pengawal mikro yang telah saya lakukan.

Saya mula mengenali pengaturcaraan dalam bahasa Basic dari seorang rakan yang juga latar belakang pendidikannya Kejuruteraan Elektronik. Sebelum saya mula menulis aturcara menggunakan Basic, saya banyak menggunakan bahasa C dan dipermulaan pembelajaran aturcara pengawal mikro saya juga pernah menggunakan bahasa assembly. Pada permulaan pembelajaran menggunakan bahasa Basic agak sukar bagi saya kerana contoh-contoh pengaturcaraan dari sumber media cetak dan media elektronik tidak banyak seperti contoh-contoh pengaturcaraan menggunakan bahasa C. 

Kebanyakan aturcara yang saya tulis hanya dilakukan rujukan dari contoh-contoh yang diberikan pada perisian Bascom-8051 dan juga website dan forum milik warganegara India kebanyakannya. Disebabkan ingin juga cuba mempelajari bahasa Basic, saya mula mengolah aturcara yang pernah ditulis menggunakan bahasa C dan rujukan dari contoh pada perisian Bascom-8051. E-book juga digunakan tetapi kandungannya hanyalah asas kepada penggunaan bahasa Basic sahaja. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan cuba memahami setiap penggunaan pernyataan dan cuba menulis aturcara menggunakan bahasa Basic dan memuat turunkan pada IC pengawal mikro seterusnya melihat output yang dihasilkan. 

Alhamdulillah lebih dari 20 projek dan aturcara asas berjaya dihasilkan untuk melakukan tempahan projek akhir. Bagi projek atau aturcara rumit yang tak terjangkau oleh kebolehan dan keupayaan akal saya, terpaksalah saya menggunakan aturcara C yang mempunyai banyak contoh-contoh di internet dan juga ramai programmer yang berpengalaman dalam penulisan aturcara dalam bahasa C.

Dari pengalaman saya menulis aturcara dan melakukan tempahan projek akhir, penerangan kepada pelajar-pelajar lebih mudah apabila menggunakan bahasa Basic. Apa yang boleh saya katakan disini ialah bahasa Basic telah dipermudahkan struktur penggunaan arahannya yang boleh anda lihat pada contoh-contoh asas didalam blog ini. Dari pengalaman saya 100% pelajar-pelajar yang pernah meminta bantuan saya menulis aturcara tidak pernah mendengar tentang bahasa Basic ini tetapi apabila diberikan penerangan mereka dapat memahami dengan mudah. Terdapat beberapa institusi-institusi pendidikan dinegara ini yang mengajar pelajar menggunakan bahasa ini secara asas. Hasil daripada perbincangan di forum dan pembacaan saya, terdapat kelemahan pada bahasa Basic berbanding bahasa C. 

Bahasa C adalah lebih praktikal dan boleh dikatakan bahasa utama bagi programmer-programmer diseluruh dunia. Pada pandangan saya, bagi sahabat-sahabat yang ingin mendalami tentang penulisan aturcara bagi pengawal mikro khususnya, pemahaman bahasa C harus diutamakan. Subjek pengaturcaraan dalam pendidikan dinegara kita juga kebanyakannya menyentuh tentang penggunaan bahasa C. Bagi saya, walau bahasa pengaturcaraan apa sekalipun yang digunakan selagi objektif atau output yang dikehendaki tercapai tidaklah menjadi isu yang besar. Terpulang kepada keselesaan dan keupayaan individu untuk menulis aturcara mengunakan bahasa yang diingini. Apapun tidaklah rugi jika kita hendak menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada dengan pengetahuan yang lebih bagi penulisan aturcara. Ramai juga programmer-programmer yang tidak menyukai penggunaan bahasa Basic atas sebab-sebab yang tertentu. Dibawah saya sertakan link-link mengenai pandangan tentang penggunaan kedua-dua bahasa ini yang boleh dibaca sekadar pengetahuan dan mungkin dapat memberi sesuatu ilham atau idea dalam pemilihan penulisan aturcara menggunakan bahasa aturcara yang ada pada masa sekarang.

Link-Link Pendapat Berkaitan Bahasa Pengaturcaraan dan Compiler

Sedikit Perbezaan Pengaturcaraan Bahasa Basic dan C

Tindakan
Bascom
C
Komen
REM komen
' komen
'(
komen
panjang atau lebih 1 baris
')
/* komen */
// komen (GCC)
Penentuan Pembolehubah
Dim var As Nama Pembolehubah
Nama Pembolehubah;
Definasi
altname Alias realname
#define altname realname
Pemisah Pernyataan
statement : statament
statement ; statement
(Dalam Bahasa C,  ';' dikenali sebagai penamat bagi sesuatu pernyataan 'statement terminator'. Bahasa Bascom tidak mempunyai statement terminator)

Asas Setup Program

Tindakan
Bascom
         C
Definasi Register
$regfile="XXXXXX.dat"
         #include
Kelajuan Clock
$Crystal=N
         #define F_CPU N

Pengaktifan PORTx
Portx = &Bxxxx_xxxx
         PORTx = 0xNN;

Penggunaan IC pengawal mikro juga sering dibahas dan dijadikan isu oleh sesetengah pihak. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat kekurangan dan kelebihan pada pengawal mikro yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar yang berlainan tetapi apa yang saya dapat lihat, setiap pengeluar akan menambahbaik kelebihan setiap IC keluaran mereka. Perisian-perisian Compiler juga sudah banyak dipasaran dan ada yang diberikan secara percuma. 

Pengetahuan yang tidak seberapa yang saya kongsikan didalam blog ini hanyalah sekadar mengisi masa yang ada dan berkongsi minat bersama penggemar elektronik khususnya pengawal mikro. Pengetahuan dan ilmu yang tidak seberapa dari saya ini jika saya simpan didalam memori otak saya pun, lama kelamaan mungkin saya akan lupa dan hilang begitu sahaja. Semoga apa yang saya kongsikan disini dapat memberi manfaat kepada saya dan sahabat-sahabat semua dikemudian hari nanti. InsyaAllah. Alhamdulillah sekian untuk kali ini. Salam.

Web Browser

Thursday, November 25





















































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...